Tuesday 6 November 2018

Keep On Going Strong and Move On

"Aku nak kuat macam hang, tips?"
"takda yang mudah melainkan dari izin Dia."

Senyum, tarik nafasssssssssssssssssssssssssssssssssssssss.

kekuatan tu tak datang melainkan dnegan izin dari Dia. dari satu fasa ke satu fasa lain, tak mudah. apa yang boleh aku cakap, hang kena balik pada Allah, baiki hubungan dengan Dia, dan semuanya akan dipermudahkan.

MACAM MANA NAK DAPAT KEKUATAN TU?

first, tekad. hang kena bagi diri hang peluang. peluang untuk hidup yang lebih bermakna. hang letak diri hang dalam frasa yang lama buat diri hang sendiri yang tutup peluang untuk hang dapat life yang lagi baik. so, tanya diri hang. hang nak kluaq dak dari dunia lama hang tu?

second, sabar. sabar mudahnya terucap di bibir kan? tapi hakikatnya, kita sebagai manusia, selalu limitkan kesabaran tu. sabar tu memang indah, tapi payah. ya, untuk hang blajaq terima life baru tu hang kena banyak sabar. ingat senang nak sesuaikan diri dnegan life baru? so sabarlah dengan rencana Allah, mungkin ada ujian yang Allah kirim kat hang.

third, redha. ni lagi satu perkataan yang tersangatlah mudah nak dilontar. "hang redho je."
senangnya. tarik nafas dalam dalammmmmmmmmmmmmmmmmmm. redha tu, bila hang tak lagi mengeluh dengan ujian Dia. tapi hang bersyukur. cane nak bersyukur? anddap ja ujian tu CINTA. ya, CINTA DARI YANG AGUNG.

forth, hikmah. aku teringat one of my friend said, dia punya positif dengan apa yang jadi, sampai dia kata, "kita kena cari hikmah yang Allah nak bagi tu, mesti ada satu pengajaran."
so, aku pegang yang tu ja. insyaAllah, hari ke hari makin positif.

fifth, doa dan tawakal, janji hang dah usaha. hang dah usaha untuk kluaqkan diri hang dari frasa lama. dan bila hang kata, "aku tak mampu, aku tak kuat, aku itu, aku ini....." sekali lagi aku nak habaq, sabar, and jangan pernah hang give up dengan rahmat Allah ni. Allah tengok usaha kita. Allah kira. tapi, kalau hang tak mampu sangat nak mula langkah, doa ja moga Allah kuatkan langkah hang, moga Allah tekadkan jiwa hang. okey? 

buku lama jangan terus ditutup dan dibuang. sesekali ia perlu diselak sebab yang lalu itu pengajaran terindah. sesekali pasti ada angin yang datang menyentuh sayu jiwa, tetaplah teguh moga angin yang menyapa terus mendamaikan.

-WIHR

Susah Nak Jaga Hati !

Imej yang berkaitan

-tak mudah nak jaga hati-

alhamdulillah, Allah bagi kita hati. dan dari situ kita ada perasaan. dan mujur Allah ciptakan manusia tu dengan satu ja hati. sebab dengan satu hati ni pun kita dah tak terjaga. so, how if kita ada banyak hati?

kita nak jaga hati kita tu dari sangkaan orang, nak jaga dari terluka.

dengan satu hati ni pun dah banyak kali telruka. banyak sangat dah bersangka sangka dengan orang. satu hati yang dikurniakan kalau kita pelihara dia elok elok, Allahu indahnya.

tapi, Allah tu baik. Maha baik.

even hati kita ni banyak sangat buat dosa, Dia tetap hadirkan sekelumit rasa getaran tanda hati kita masih hidup, masih ada iman. even hamba Allah ni berdosa sekalipun bila Allah bagi getaran pada hati dia, Allah bagi ujian untuk hambaNya.

So Many People Get Hurt In This World.
hm, dah kata dunia ni macam makanan manis. bila kita ambil dalam kuantiti yang banyak, bahaya untuk kesihatan kita, tapi itulah yang sedap. itu yang kita nak.

something yang dekat dengan kita, anak remaja ni. Allah uji hati kita dengan satu term yang sangat indah, CINTA. berapa ramai yang kecewa sebab cinta, berapa ramai yang terpedaya sebab cinta? how many people get hurt just because of love? actually, indah hikmah yang Allah selitkan dalam proses kita bawa hati tu pada Dia.

ya, mungkin jalan ni ada jalan yang kita perlu lalui dalam proses nak jadi seorang hamba yang lebih baik. i have read one article.

"aku bukan tak sabar, hanya tak ingin menanti.
kerana berani memutuskan adalah juga kesabaran. kerana terkadang penantian membuka pintu pintu syaitan.
cinta tak pernah meminta untuk menanti. ia mempersilakan. atau, mengambil kesempatan.
yang pertama adalah pengorbanan.
yang kedua adalah keberanian."

KADANG KADANG, BUKAN KITA KECEWA DENGAN MANUSIA. KITA YANG KECEWAKAN HATI KITA SENDIRI.

kita pilih untuk biarkan hati kita sakit dnegan tindakan kita

ingat, takkan bersatu dua cinta, cinta pada Allah dalam masa yang sama cinta pada maksiat.

then, kita yang kena pilih, dan ternyata hati pilih untuk terluka.

LUKA YANG TERJADI TU LAH HIKMAH.
hikmah yang diri sendiri akan nampakk sepanjang proses penyembuhan. hkmah yang diri akan nampak saat hati kita betul betl redha. redha ni tak mudah. tapi, semuanya mudah bila Allah mudahkannya. one thing that we should know dalam proses penyerahan hati, penyembuhan hati kepada Allah itu ujian ujian Allah selalu mengiringi.

"Allah hantar kita untuk bantu yang lain"

itu takdir Allahl kita yang pernah sakit dulu, akan bantu orang lain hasil dari rasa sakit yang pernah kita lalui. 

HATI KITA YANG SAKIT PERLU DIRAWAT, JANGAN BIAR MELARAT.

sakit hati ni bukan dengki, tapi sakit hati ni lah di mana kita mula lemah dalam langkah menuju Allah. rawatlah dengan bicara denganNya, rawatlah dengan membaca kalamNya.

-WIHR

Stay Calm, Keep Praying

Imej yang berkaitan

"Sentiasa melangkah ke hadapan dalam hidup kita. kerana setiap apa yang terjadi dalam hidup kita, Allah dah rancang apa yang terbaik untuk kita."

"Kalau nanti kamu tidak bersama dengan orang yang sering kamu sebut dalam doamu, mungkin kamu akan dibersamakan dengan orang yang diam-diam mendoakanmu,"

Setiap pengakhiran solat, tak pernah sekalipun kita lupa untuk doakan kebahagiaan kita dengan si dia. nonstop mintak moga Allah kekalkan hubungan yang dah dibina atas dasar sayang.

kita yakin dia yang terbaik.

yakin dia jodoh yang memang Allah tetapkan untuk dijadikan peneman untuk setiap langkah hadap hari hari yang mendatang. kita nak segala impian dan harapan kita jadi kenyataan. tapi,

tanpa diduga semuanya just sementara.

semua kegembiraan dan kebahagiaan tu at last stop pertengahan jalan. semua musnah hancur berkecai. dunia pulak seolah olah gelap. kita rebah runtuh sama macam hati yang berkecai tu. and time tu, kita start ragu. marah. sakit hati. kucar kacir.

time kita tak keruan, makin mudah kita dipedaya.
time kita rapuh, semuanya akan nampak salah di mata, amarah menguasai hati, jiwa dan fikiran kita. kita mula lah persoalkan semuanya, setiap apa yang pernah kita doakan dulu.

dekat hati, terdetik..

"Allah janjikan kebahagiaan untuk hambaNya yang berdoa. Selama ni, aku tak pernah stop berdoa supaya dijodohkan dengan dia. tapi kenapa Allah tetap ambil dia dari aku?"

betul, even aku sendiri pun pernah fikir macam tu.

tulah, kita lupa. kita ni cuma manusia yang lemah. kita just merancang ja. tak semua perancangan yang kita rancang tu sebaik baik perkara untuk diri kita. 

MANUSIA MERANCANG DENGAN CITA CITA. TAPI, ALLAH MERANCANG DENGAN CINTA.

banyak benda yang kita lepas pandang dalam tempoh kita merancang tu. kadang kadang cinta buat kita jadi buta hati. yang buruk kekal nampak indah, keal cantik. semuanya sebab cinta yang menguasai diri.

"bab cinta, kadang kadang kita rela MENIDAKKAN yang YA, dan MENYIYAKAN yang TIDAK. buta lagi membutakan jika paksinya bukan Tuhan"

ok ok, tarik nafas. keep calm! cuba ambil masa untuk bersendiri. bukan bersendiri untuk menangis meratapi, bukan untuk berduka, tapi cuba untuk muhasabah diri kita sendiri. cuba flashback balik apa yang kita dah buat sepanjang kita bercinta dulu.

ya, memang betul. tak pernah lupa doakan kebahagiaan dan relay yang berpanjangan. tapi, tanya diri balik, ikhlas ke hati kita masa kita meminta tu? ke hanya kerana cinta pada manusia semata mata?

"jodoh itu unik. seringkali dikejar kejar menjauh. yang tak sengaja, mendekat. yang seakan, sudah pasti menjadi ragu. yang awalnya diragukan menjadi pasti. yang selalu diimpikan, tak sampai pernikahan. yang tak pernah difikirkan, bersanding di pelaminan"

Allah Maha Adil. Dia dengar setiap permintaan kita. setiap pengharapan, setiap bait bait doa. even kita ni seorang pendosa, Allah still jugak makbulkan doa doa kita. tanpa rasa benci.

kalau centu, kenapa Allah tak makbulkan apa yang kita doa tu? kenapa Allah biarkan hati kita berduka atas kebahagiaan yang hanya tinggal angan angan? kenapa Allah biarkan kita bersedih andai benar Dia sayangkan kita? aku jamin, persoalan ni kompem ada yang tanya.

kita lupa siapa diri kita, siapa kita yang sebenarnya. apa hak kita untuk mempertikaikan setiap aturan Dia? Allah tak kejam. tak pernah sekalipun Dia kejam dengan hambaNya. hm, kita ni cuma tau tunding jari je. tau nak salahkan setiap takdir yang ditetapkan bila mana keinginan dan kemahuan kita tak dimakbul. walhal kita tak sedar, Allah pegang semua permintaan kita tu baik baik. Allah tak tunaikan semuanya sebab Dia lagi tahu apa yang terbaik untuk kita. Dia dah aturkan perjalanan yang jauh lebih indah dari apa yang kita rancang.

percaya je. Allah genggam semua doa kita. Dia akan mabulkan doa kita satu persatu tepat bila sampai waktunya. sabar. Allah takkan biarkan hambaNya berduka selamanya. Dia just nak kita balik ke jalan Dia, ke jalan yang sepatutnya. Dia bagi perpisahan nak kita sedar tu bukan yang terbaik untuk kita, bukan bermakna Allah tak sayang kita.

"kadang, tanda cinta Allah terhadap seseorang tu Allah akan biarkan hati dia hancur berkali kali sampai dia rasa tak ada lagi harapan dekat dunia ni. dan itu akan buatkan dia punya harapan tu just untuk Allah saja."

ALLAH TAHU APA YANG TERBAIK, DIA ATURKAN SEMUANYA JADI CUUUUUUKUP INDAH.
kita just perlu confident dan tunggu saat dan ketika tu sampai. dekatkan diri pada Dia. menangislah memohon ampun atas dosa dosa lampau. moga Dia permudahkan jalan kebahagiaan kita. bila tiba masanya, kebahagiaan yang sebenar akan kunjung tiba. kebahagiaan yang kita sendiri tak pernah terfikir dan terlintas. apatah lagi kebahagiaan yang hadir bersama redha Allah.

trust in Allah timing. rely on His promises. wait for His answers. enjoy His blessings. relax in His remembrance.

jangan kita salahkan takdir biila perpisahan terjadi. we suppose to bersyukur sebab Allah dah pelihara diri kita dari kedudukan yang lebih dalam. atas sebab itu, Dia sedarkan kita dari mimpi dan impian palsu itu lebih awal.

"cinta, jika bukan bermisikan syurga,, nikmat bahagia tak akan kekal lama. 
yang namanya cinta akan tiba hanya bila kita terlebih dahulu mendahulukan Allah dan ayah ibu dalam semua perkara.
percayalah 'dia' nanti akan muncul di depan mata tanpa disangka sangka.
saat tu, baru kita tahu betapa benarnya untuk meletakkan cinta pada tempatnya sebelum hadirnya 'dia'"

andai Allah tak sayangkan kita, mungkn Dia akan biarkan kita terus hanyut dengan cinta palsu yang kita bina sendiri tu, dan akhirnya, kita rebah tersungkur bersama luka yang dalam hingga tak mampu lagi untuk bangkit balik. so, yakinlah dengan Allah.

La tahzan innallaha ma'ana.
Dont be sad. Allah is with us.
Jangan bersedih, Allah ada dengan kita.

-WIHR

Saturday 3 November 2018

Let Go of The Past and Keep Moving On?

"terima apa yang ada, lepaskan apa yang telah pergi, dan yakinlah dengan perjalanan hidup yang Allah telah aturkan."


mesti ada things dalam hidup kita yang akan menemui titik noktah yang takboleh kita nak elak. perpisahan, kehilangan dan kekecewaan selalunya akan membuatkan kita terduduk. membutkan kita rasa payah nak kembali memberi kepercayaan. cukuplah sekali hati kita pernah hancur. so, tutuplah kisah lama and bukak halaman baru. apa yang penting, kita bina kekuatan melepaskan masa silam yang bukan lagi jadi sebahagian daripada hidup kita. 

semua orang tahu, move on dan melepaskan masa silam is not that easy. i've been there. yaa, so many times. sekali hati kita dah terguris, parutnya akan membekas selamanya. nak sembuhkan luka tu, take a longgggggggggggggg journey and full with tears. tapi trust me, setiap kepayahan dan keperitan that we have been through now, Allah dah aturkan hikmah di penghujungnya.

kalau kita terus tabah dan cekalkan hati untuk terus bertahan dalam perjalanan tu, so, perjalanan yang payah tapi indah ni akan ajar kita HIDUP TETAP BERJALAN EVEN KITA PILIH UNTUK KEKAL DENGAN KISAH SILAM. so, kenapa kita pilih untuk one thing yang merugikan kita? perubahan yang hebat jadi dalamhidup kita, bila kita buat keputusan untuk ambil alih benda yang kita boleh control, bukannya dekat benda yang kita takda kuasa ke atasnya. ada perkara yang ada dalam genggaman, ada perkara yang tak dapat kita capai, reda, Allah tahu apa yang lebih baik.

ada sebab untuk kita terus bersyukur. hidup kita tak selalunya senang, tapi mesti ada sebab untuk kita selalu bersyukur. dan anugerah terbesar dalam hidup, semakin kita bersyukur, semakin kita akan nampak hikmah terhadap setiap perkara yang jadi. Dia dah aturkan perjalanan yang jauh lebih indah dari apa yang kita rancang. trust me. Allah genggam semua doa. lalu dilepaskanNya satu persatu di saat yang paling tepat. yang penting, sabar. Allah takkan biarkan hambaNya berduka selamanya.

ujian dan kesakitan akan bentuk kematangan kita. optimis dnegan ujian, itu hadiah Allah. selalunya, halangan terbesar dalam kematangan hidup yang perlu kita hadap adalah fikiran kita sendiri. sebaik je kita boleh hadap, kita boleh hadap apa apa je yang mendatang. 

untuk kita lepaskan masa silam dengan senang, tak mudah. perkara yang nampak kecil nilah yang ambil ruang paling besar dalam hati kita.

bila masa yang kita dapat tengok hikmah Allah? time tu akan tiba bila Allah sentiasa bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. jangan tengok setiap musibah atau kesedihan yang jadi tu sebagai hukuman, tapi sebagai oengajaran dan isyarat Allah supaya kita kembali kepadaNya. jangan pernah salahkan takdir untuk setiap kesilapan yang kita buat. belajar daripadanya. itu sebahagian daripada rancangan Dia untuk kita melalui jalan yang sarat dengan pengajaran. this life is a well designed puzzle. we dont know how the puzzle pieces fit. always trust the Designer, the Almighty, He has the best plan.

in life, people come and go. mungkin yang pernah singgah intu banyak tinggalkan kenangan yang terlalu dalam untuk kita lupa. apa yang pasti, semua ketetapan Allah itu ada hikmah dan kebaikan pada kita, samada kita sedar atau tidak. some flowers grow best in the sun while others grow best in the shade. Allah knows us best, so He puts us where we grow best.

Allah Maha Adil and Maha Penyayang, hati kita mesti akan tetap beransur asnur pulih and dapat rasa indahnya hidup sekali lagi. hidup ni sentiasa berubah ubah, kekecewaan tu selalu datang silih ganti. things change. people change. bila ada seseorang yang pergi daripada hidup kita, akan ada orang lain yang datang. so, accept the change and be happy with it.

-WIHR

Friday 2 November 2018

Dia Maha Mengetahui

turn back when we do not know him/her.

sedar atau tak, sekian lama kita tak sayang diri sendiri when we fall in love.

BUKTINYA?

we let our heart get hurt soooooooooo many times. and we take care of him/her as best we can so that he/she will not disappointed.

segala kesedihan kita yang tanggung sendiri.
biarkan semua berlalu seolah olah takda kesakitan yang terkesan.

MANA RASA SAYANG DEKAT DIRI SENDIRI?

semua hilang just sebab nak jaga hati orang lain. kembalilah ketawa seperti sediakala. mungkin hati kita kosong saat dia melangkah pergi. tapi tu bukan bermakna hidup kita berakhir. MASIH RAMAI LAGI ORANG YANG MAMPU MENGISI KEKOSONGAN ITU.

kalau before kita kenal dia, kita mampu hidup sendiri, bila dia dah berlalu pergi, kita still mampu berdiri atas kaki sendiri. mungkin lebih gagah than before. even dia dah happy without us by his/her side, kenapa kita takboleh buat benda yang sama?

kalau dia senyum happy, kenapa kita still nak biarkan air mata yang menemani? kenapa biarkan hidup kita makin suram?

"when he/she breaks your heart, he/she feels nothing. he/she moves on quickly like nothing happened. you feel as if a piece of you is missing. you cant eat, you cant sleep. all you do is think about him/her.

wondering if he/she is thinking of you. wondering if he/she miss you. you are depressed for weeks, months, sometimes longer. but then you realize what is important in life.

and you decide that you need to worry abour yourself. you soon move on. and he/she stuck watching you smile and realize. he/she messed up. he/she will regret everything."

menangis tu salah. menangislah sekali sepuas hati. lepaskan segalanya dalam tangisan tu. segala perasaan duka, hampa, kecewa.

tapi, jangan biarkan berterusan. kuatkan diri, hati untuk terus bankit daripada tangisan tu. lapangkan dada untuk teruskan hari hari akan datang.

"holding on is being brave. but letting go and moving on is often what makes us stronger and happier."

kalau tangisan tu masih belum mampu untuk buat kita kembali bangkit, carilah seseorang untuk kita luahkan isi hati. seseorang yang boleh dipercayai. yang mampu memberi semangat seikhlas hati. yang mampu bawa kita ke jalan yang terbaik untuk lupakan dia.

kalau takda orang yang boleh faham cerita kita, ingat, kita masih ada Allah. kalau manusia tak mampu, kenapa ego taknak cari Allah? kenapa ego taknak luah pada Dia? ceritalah segala galanya pada Dia. biar hati lapang, biar jiwa tenang. jangan takut. JODOH KITA ADA KAT LUAR SANA. even bukan dengan pilihan kita, but still kita akan happy atas izin Dia. Allah akan bagi yang terbaik untuk hambaNya yang kuat dan tabah. bersabar dan berdoa.

SERAHKAN HATI KITA PADA ALLAH, BIAR DIA JAGAKAN.

kalau macam aku, ya, betul. jodoh memang dah ditentukan. tapi macam mana pun, aku kena gak usaha cari jodoh aku. kalau aku duduk diam je, tak datangkan apa apa kan? Allah jugak kata kita manusia bila nakkan sesuatu kena usaha. dah usaha, kita redha and tawakal berserah pada Allah. lagipun, kita ni manusia yang hina di sisi Dia, mampu merancang ja, Dia yang tentukan. im gonna 20 next year. so, aku rasa tak salah untuk aku mula mencari jodoh aku. aku iring sekai dengan doa supaya Allah temukan aku dengan someone yang tepat untuk aku. em, aku pun dah tetapkan satu nama dalam setiap sujud dan doa aku. samada dia pun buat benda yang sama dengan apa yang aku buat atau pun tak, itu lain cerita. yang pasti, aku buat mana aku mampu. if one day, Allah cuit hati dia sedar dengan kehadiran aku, if we means to be we will be. sebab segala perasaan yang hadir, itu semua Allah yang gerakkan. Allah jugak yang membolak balikkan hati kita ni. 

Allah akan beri kita kebahagiaan kalau kita betul betul dah bersedia. lupakan kesakitan semalam, bangkitlah untuk hari ni dan hari hari yang akan datang.


-WIHR

Stop Begging To Be Love


sampai bila kita nak berharap? sampai bila kita nak pegang janji dia? apa jaminan untuk setiap penantian? apa jaminan kita akan kembali bahagia andai dia menoleh kembali pada kita?

kalau kita berani bercinta, berani serahkan hati kita pada orang lain, kenapa kita tak mampu nak beranikan diri untuk bangkit saat kita dikecewakan? kenapa keberanian tu hanya hadir di saat senyuman meniti di bibir? mana menghilang di saat air mata menemani pipi?

"putus cinta tu actually one of hikmah Allah. sebab itu cara Dia untuk buat kita sedar kita dah salah sayang orang"

semangat tu ada. cuma kita yang terlalu kesian kat diri kita atas perpisahan tu sampai kita tak nampak kekuatan untuk bangkit kembali berlari tu. okey, stop kesiankan diri. sampai bila nak centu?

"belajarlah untuk sayang diri kita sendiri sebelum kita pilih untuk sayang orang lain."

-WIHR

Friday 5 October 2018

Indahnya Buah Kesabaran

beruntung la jiwa yang tetap gagah mensyukuri Allah walau apa jua ujian yg menimpa kita. besarnya pahala bergantung pada besarnya cubaan. kalau Allah sayangkan sesuatu kaum, Dia akan uji kita dengan cubaan. "barangsiapa yang redha atas cubaan tersebut maka dia mendapat keredhaan Allah dan barangsiapa yang berkeluhkesah (marah) maka ia akan mendapat murka Allah."

sungguh setiap cubaan dan ujian memang menguji kesabaran. even sekecil kecil cubaan. tapi akhir penantian tu sangat indah dan manis. makin kita meningkat dewasa, semakin 'dewasa' jugak ujian kita yg menguji se'dewasa' mana tahap kesabaran kita. so, beruntung la orang yg Allah pilih utk terima ujian Dia. lagi beruntung bila orang orang yg Allah uji, dia bersabar. ujian kadang kadang memang memenatkan, tapi, dari situ jugak lah kita akan faham dan rasa betapa INDAH dan MANISnya BUAH KESABARAN. terlalu manis dan terlalu indah yg takkan mampu kita ungkapkan dengan kata kata. buahnya terlalu manis sampai buat orang rasa mabuk dan ketagih, yang jadikan dada kita berbunga bunga sampai kita sesak, yang jadikan orang yang rasa tu menitiskan air mata kesyukuran, sampai buat seorang hamba bersujud puji Maha Pemberi Ujian dan Maha Pemberi Rahmat. dan kita jugak tak mampu untuk ungkapkan perasaan orang orang yang pernah merasai buah kesabaran. betapa setiap kesusahan akan berakhir dengan kesenangan. dan bila kita yang diuji tu redha dengan ujian Dia tanpa keluhkesah dan Tawakal dengan sebenar sebenar Tawakal kepada Allah. so, tunggulah hasilnya. seakan akan bebanan yg berat terangkat dari diri kita. itu rasa yang kita akan rasa. "ujilah hambaMu ini jika ujian itu mengangkat darjatku diakhirat kelak, Ujilah hambaMu ini jika ujian itu mambawa hambaMu ini dekat dengan Mu."

kalau kita diuji dengan penyakit, ingatlah Nabi Ayub lagi teruk diuji oleh Allah dengan penyakit.
kalau kita diuji dengan urusan kewangan, ingatlah bukan manusia yg memberikan kita rezeki tapi Allah lah Maha Pemberi Rezeki.


-WIHR