
sapa hati dia tengah kecewa? terluka ke? hati tengah lemah ke? tak tenang? kita dengan perasaan tu semua mustahil lah tak rasa. tambah kalau yang jenis broken ni, hm lagi lah.
dalam dunia ni, takde sapa pun yang nak rasa kecewa terluka dan yang sewaktu dengan semua tu lah. apatah lagi nak rasa lemah sebabkan permainan perasaan ni kan? kita rasa lemah, rasa tak tenang sampai sampai air mata pun join jugak nak menitiskan air mata. aku dah lama dah ni tak nangis dah huhu
kalau cakap pasal cinta, ada ke orang nak dengar? nak amik kesah? tapi orang keliling aku sekarang ni semua tengah hangat bercinta. yang tak pernah bercinta fuh lagi hebat percintaan dorang banding dengan yang biasa biasa bercinta ni HAHAHA. takpa, aku truskan jugak.
hm, kalau cakap pasal cinta, cinta ini ada pasang surut dia. ada sedih, ada happy. dan, kita semua pun tahu Allah yang tetapkan setiap pertemuan, dan Allah jugak yang tetapkan setiap perpisahan. SETIAP PERTEMUAN, ADA PERPISAHAN. so, jangan terlalu rasa happy untuk setiap pertemuan. get ready sama untuk berpisah. kalau ditakdirkan, Allah tetapkan sampai ke ajal hampa bersama, alhamdulillah. kalau tak, jangan sedih. Dia nak bagi yang lagi baik lah tu.
tapi, tak semua masalah kecewa ni bila kila tengah bercinta je. kadang, dengan parents kita rasa kecewa, dengan membe pun sama. banyak lagi benda yang boleh buat kita rasa kecewa. betul ke tak betul?
macam mana lah nak tenangkan hati kita ni kan? kita nak elak daripada nampak lemah, kita pun pretend to be tough. kita gelak senyum, tapi dalam hati kita sapa tahu masyaAllah peritnya hati ni memendam rasa T_____T lagi lagi bila kita terus, terus dan terus pretend.
kita ni manusia je. hina di sisi Allah. Allahu :/ Allah kurniakan kita hati dan perasaan. dan perasaan lemah, sedih, happy, kecewa tu Dialah yang datangkan. tapi, kalau nak keagamaan sikit, bacalah al-Quran. tepuk dada tanya, "bila last aku mengaji eah?" kita ni pun jarang mengaji. mungkin ni salah satu sebab emosi kita ni terganggu and rasa tak tenang. ya, ku akui. terkadang aku pun macam tu :/
then, buat solat tahajjud. ya, aku ni pandai ja menyuruh, buat tak. ish, insyaAllah, moga Allah gerakkan hati aku. solat Tahajjud ni untuk kuatkan jiwa, dapatkan ketenangan. senang ja. tapi yang senang ni lah, orang payah nak buat. ye, termasuklah aku.
then, banyakkan istighfar and berzikir. istighfar and berzikir bukan setakat dekat mulut je tapi sampai menusuk ke hati. next next, elakkan dengar lagu jiwang, lagu lagu yang bertemakan kecewa sedih semua tu lah. haih, dah lah tengah kecewa, pergi pulak dengar lagu yang macam tu, lagilah tambah kecewa. sebab selalunya kita akan buat mcm tu kan. ni yang bercinta dah putus cinta lah salu buat ni. takpayah dengar lagu yg ada unsur unsur patah hati tu. kita ni nak tenangkan hati, bukan sesakkan lagi hati. JANGAN MENABUR GARAM DI ATAS LUKA KERANA IANYA PEDIH. BIARLAH DAHULU LUKA ITU SEMBUH.
ok then, sentiasa ingat Allah. ini penting. kita kena yakin dengan sepenuh hati Allah tu Maha Mengetahui dan sentiasa ada dengan kita walau apa pun jadi gais. tapi, kita ni je yang selalu lari T________________________________________T apa yang buat kita sedih, Allah tu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. apa yg jadi kat kita, apa yg kita rasa, semua kerja Dia. yakin la sedih dan dan rasa tak tenang kita tu Dia bagi sebab Dia nak kita ingat dekat Dia. Dia rindu kita T___T
"hanya dengan ingat Allah, hati kita tenang."
"jangan kamu bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita."
-WIHR
No comments:
Post a Comment