Tuesday, 19 December 2017

Kuatkan Hati Bila Rasa Lemah Datang.


memang rasa lemah atau down tu suka datang kat kita. ujian, dugaan yang Allah bagi kat kita nonstop Dia bagi yang sampai kita rasa rebah jatuh tersungkur. even satu ujian yang datang, tapi berat kita nak tanggung tu cukup buat kita hilang arah. kalau setiap kita rebah, kita berjaya bangun dan susun langkah kita balik, alhamdulillah. tapi, kadang kadang rebahnya kita hadap tu seakan akan merenggut segala daya dan upaya kita, kan?

tenaga yang masih bersisa hilang entah ke mana. harapan buat hari esok yang semacam dah takde. masihkah ada sinar harapan buat kita bangun balik? macam mana kita nak hadap? aku tau. suruh orang sabar bila diuji tu mudah, bandingkan dengan diri sendiri yang hadapnya. betul, bukan aku je rasa macam tu. aku rasa hampa pun sama. kita motivate orang, nasihat sana sini itu ini, tapi bila kena kat batang hidung sendiri, tak terkesan apa apa pun. 

so, cane kita nak motivatekan diri kita ni sendiri? harapan untuk bangkit; bersangka baik dengan Allah. kita sendiri tahu ujian dugaan semua datang daripada Dia. Dia tak bagi ujian kat kita suka suka Dia. ada hikmah di sebalik semua ujian dia bagi tu. kita kena positifkan diri kita sangka baik dengan Dia. sebab Dia sentiasa dengan orang orang yang sabar. sabar tu hasilnya indah. 

kesilapan kita; ada masa kita silap. kita rasa kita dah cukup kuat umpama kita dah rasa lali. kita rasa kita boleh bangun sendiri sampai kita rasa ujian yang Dia bagi tu. kita boleh settle sorang diri. kemahuan untuk hidup berdikari tu tak salah. tapi, kita salu lupa yang hakikatnya, kita ni cuma makhluk Dia yang serba kekurangan, serba lemah. boleh ke kita tanggung semua ujian yang datang kat kita tanpa sebarang bantuan? benda yang sekecik semut tu pun, kita mintak tolong orang.


"Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah"

manusia sifatnya takkan mampu berdiri dengan sendirinya, melainkan dia dapat kekuatan tu dari Allah. sebab apa? bukan ke ujian tu datangnya daripada Dia? so, dekat sapa lagi kita nak kembali kalau tak dekat Dia Yang Maha Kuasa? tapi, silapnya dekat kita. kita bongkak sombong diri untuk bersimpuh mohon pertolonganNya. kita rasa diri kita dah lengkap sempurna semuanya. kuat dan berkuasa. walhal, kita sikit pun takda daya kalau Dia tak mengizinkanNya.

muhasabah diri; manusia jarang nak muhasabah diri dia. tatkala disentap dengan ujian yang berat baru la wujud saat dia fikir balik apa salah silap dia selama ni. tu pun kalau dia sedar. well, manusia.

hikmah daripada ujian dia, kita kena muhasabah diri.renung balik sejauh mana hidup ni dah dibawa. kita ni dekat landasan yang betul ke? hikmah daripada muhasabah diri ni akan bawak kita tengok dan fikir pulak hikmah hikmah yang lain dari ujian ujian tu tadi. kita selalu lupa diri walaupun dah dibagi nikmat.

walaupun kita diuji dengan sedemikian rupa, barulah kita nak cari Dia. sungguh sungguh kita mohon dekat Dia moga Dia permudahkan segala kesulitan yang ada. sedangkan selama ni, nak ingat Dia kejap pun terasa berat. Astaghfirullahalazim, hamba jenis apa kita ni? T_________________T

"Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan."

so dekat situ ada hikmah untuk sama sama renung. bersangka baik dengan Dia atas ujian yang timpa kita. Dia nak kita balik pada Dia. Dia nak kita selamat di 'sana'.  Dia nak kita renung kejap dan muhasabah balik. sekarang, jawab la dengan hati kita. 

                                                                                                                              -WIHR

No comments:

Post a Comment